kEmaLAngAn pAliNg nGeri..

haaa...
kOrang bce lah esei kat bwah nih..
dak drjah 4 wat..
gle dhsyat die pnye imaginasi..

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip.
Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya..... Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar
pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah..... Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi
pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara.

Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun
mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.


Amacam??
gle dhsayt bukan??
nilah pngaruh media kuat sgt..
ibu2,bapak2,abg2,kakak2..INGAT!!
jgn biarkan anak2,adik2 anda di selubungi misteri..

JANGAN PILIH JALAN GELAP

hahaha. gle bapak aku gelak 1st tyme bce bnd nih..
karangan tbaikpUnye~ spnjang zaman..
GILAK!!

lYaNn~~

16 comments:

...cintajihad... said...

waaaa

hebat2!!

adeh la~
pengaruh media mmg kuat

.millalara. said...

hahahahhaha~

*sedang gelak guling3*

utaiqah said...

am...mcm karangan ko jew...
cre budak lam citer ni berangan cm ko gk weyh...
sah...ni krgn yg ko cipta~

Kojack de Alloohaa said...

hek eleh..ni karangan hg...mcm la ak xtau..hahaha

z.a.r.a said...

wakakakak....gilerr aahh..aku tgh sakit2 ni pun mmg xdpt control diri, gelak aje ni~

isk2...mmg tggi idea penulis esei ni~hahah~

Mrs Nurul said...

aku ade penah bace surat ni heheh memang lawak siot

miss lolly said...

karangan darjah 6plg hebat shay ebace.

sungguh menggeletek hati~

tahniah2. anda boleyh ganti a.samad said dlm berimiginasi~

miss lolly said...

karangan darjah 6plg hebat shay ebace.

sungguh menggeletek hati~

tahniah2. anda boleyh ganti a.samad said dlm berimiginasi~

NOR AIN said...

hakhakhakhak. gelak tanpa suara.

rAy jR...@...Aliff said...

klakar d0wh....anak btuah tol..haha...bgus ar tue.bkmbang jgak otak bdak tahun 4 wat krgan...mne nk cri krgan cmni..yg tua pon lom tahu leh wat tau..hahaha

iLhAm_bEcKs said...

cintajihad:

kan kan!!
awk pOn sme kan..
mst ad tpngaruh ngn media nih..
;p

babymilOsh:

jgn glak smpai tkincing sudah..
hehehe

uTaiqAh:

ape lak aku yg brangan nye??
aku cri la bnd nih!!
ape lak aku yg wat..
sipOt!!!

iLhAm_bEcKs said...

kojack:

byk la hang..
rjin la plak aku nk wat2 krangan nih..
assngmnt yg mlambak pOn tnggal jekk..
haha

sha89:

hahaha..rlax2..
ad yg tburai prOt nih..
aku xnk tnggung,
hehe

lampu neon:

ko da pnah bce??
4sure la kan..
kau kan ckgu..kan kan!!
;p

iLhAm_bEcKs said...

misz lOl:

hahaha.. drjah 4 laa..
eh!ape lak sy yg gnti a.samad said..
bliau lah si author nyee...
bdak drjah 4 tsebut..
heee

nor ain:

glak tnpe suare??
apakah??
sngguh ajaib..hehe

ray:

hahaha..ank btuah??
ye2..bliau bbangge dgn mak nye yg sngt kuat bkan??
aku tahu,mak die sgt grang..
2 yg imagine nk bagai 2..
hahaha
eh! kau bkan hbat bcerite ke ray??
ngeee
(^,^)v

rAy jR...@...Aliff said...

haha...ko puji ke perli aku nie??hahha.....haa..ye2, aku mmg hebat bercerita....cter2 yg panas je la..haha....

bgus ar tue, die wat cter tue sempena hari ibu..pastu yg byk sgt mati2 tue sbb die xtahu pe mksud mati...die igt pi jalan2 makan angin kot...hahaa

iLhAm_bEcKs said...

aku puji ah 2..
gle gossip gurl kau..
muahaha..

cte psal hari ibu plak??
bia bnar,bpak pny da lme hari ibu..
n..mybe la kot kan
2 yg byk gne word 'mati'
hahaha

Anep™ said...

haha..klaka siot..
pndai dia wat esei..hghe